Pemberian Star dan Banyak Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Pemberian Star dan Banyak Lagi

Dengan kemaskini hari ini, grup dan saluran boleh menggunakan Telegram Star sebagai hadiah dalam Pemberian. Juga, mana-mana artikel yang anda buka dalam Telegram Browser, kini boleh ditukar kepada Paparan Segera, menjadikannya mudah untuk dibaca.

Pemberian Star

Pemilik saluran dan grup boleh menganjurkan pemberian untuk mempromosikan komuniti mereka dan memberi ganjaran kepada ahli secara rawak dengan hadiah — sebagai balasan, mereka mendapatkan tingkat yang membuka kunci untuk menyiarkan stori saluran dan faedah lain.

Selain langganan Telegram Premium dan hadiah dunia nyata, anda kini boleh juga memberi Telegram Star. Pemenang boleh membelanjakan Star mereka menerusi media berbayar dan langganan eksklusif dalam saluran — atau pada permainan dan aplikasi mini di platform Telegram.

Sekiranya anda mahu pancuran meteor dalam saluran anda. 😌

Pemberian adalah prabayar dan telus sepenuhnya — dengan tetapan yang boleh disesuaikan untuk penganjur.

Pemilik saluran boleh memulakan hadiah melalui Tetapan Saluran > Statistik > Tingkat. Untuk grup, pergi ke Info Grup > Statistik > Tingkat.

App Store dan Google Play mengehadkan saiz transaksi — tetapi dengan @PremiumBot anda boleh mencipta pemberian yang lebih besar dengan kos yang lebih rendah.

Paparan Segera untuk Browser Telegram

Pada tahun 2016, Telegram melancarkan standard Paparan Segera — yang secara automatik mengoptimumkan artikel menjadi halaman yang diformat dengan sempurna untuk peranti anda dengan masa memuat sifar. Ciri ini berfungsi untuk beribu dari laman paling popular.

Browser dalam aplikasi Telegram kini boleh menukar mana-mana artikel yang anda lihat kepada susun atur yang lebih mudah dibaca dan ringan.

Sekiranya anda gemar untuk pilih sesuatu yang mengganggu anda. 😌

Untuk menukar halaman kepada format Paparan Segera, buka menu browser dan pilih Tunjuk Paparan Segera

Kefungsian baru inidapat diwujudkan, terima kasih kepada Mozilla librari unsur terbuka.

Kurang Pepijat dan Pengoptimuman Lebih Baik

Pasukan kami juga meluangkan masa khas bulan lepas untuk membaiki pepijat dan meningkatkan prestasi di seluruh aplikasi mudah alih dan desktop Telegram. Terima kasih atas semua lapuran pengguna di Platform Pepijat kami!

Anda juga boleh meninggalkan permintaan ciri anda di Platform Cadangan.

Penambahbaikan Apl Mini

Beberapa langkah mengatasi pepijat telah dilaksanakan untuk apl mini – menjadikan mereka lebih lancar dan lebih responsif, bersama dengan opsyen butang baru untuk juruprogram.

Daripada hanya satu butang, apl mini kini boleh memaparkan dua butang pada satu masa dalam bentuk bersebelahan atau orientasi bertindan. Kami juga melaksanakan kesan berkilauan baru untuk butang yang boleh digunakan untuk menarik perhatian dan membimbing pengguna.

Sekiranya anda perlu butang dengan butang anda. 😌

Juruprogram boleh lihat keperincian penuh dalam kemaskini bot API kami yang terbaru.

10 Juta Pelanggan Premium

Bulan ini, Telegram telah melepasi 10 juta pelanggan Premium — kenaikan 2X ganda dalam tempoh kurang dari 8 bulan. Kemajuan ini membantu menyokong matlamat kami untuk kewangan mampan yang mengutamakan pengguna dan privasi mereka.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan Premium kami atas sokongan berterusan mereka — yang membolehkan Telegram terus mencipta ciri-ciri hebat yang mengubah cara berkomunikasi untuk hampir satu bilion orang.

Itu sahaja untuk kemaskini hari ini, kami akan kembali untuk memberikan lebih banyak ciri tidak lama lagi.


6 September 2024
Pasukan Telegram